PEMERIKSAAN POWER TEPAT

Pemeriksaan Power Rabun yang Tepat & Terperinci
Di Eye Smile Optometrist, kami percaya bahawa setiap individu berhak mendapat penglihatan yang jelas, selesa dan betul-betul tepat. Sebab itu, kami sangat tekankan proses pemeriksaan power rabun yang menyeluruh — bukan sekadar cepat-cepat bagi nombor untuk cermin mata.
Optometrist kami yang bertauliah akan menjalankan pemeriksaan secara profesional untuk menentukan tahap sebenar:
Rabun jauh (Myopia)
Rabun dekat (Hyperopia)
Silau (Astigmatism)
Rabun usia (Presbyopia)
Kami guna peralatan optometri klinikal yang moden serta pendekatan 1-on-1 supaya setiap bacaan adalah tepat dan sesuai dengan gaya hidup anda — sama ada anda bekerja depan skrin, memandu jauh, atau warga emas yang perlukan penglihatan stabil setiap hari.
Ramai pelanggan datang dengan cermin mata lama yang tak selesa, pening atau kabur — bila kami periksa semula, power mereka sebenarnya sudah berubah.
Itulah sebabnya kami tidak akan buat cermin mata tanpa pemeriksaan terperinci.
✅ Pemeriksaan dilakukan oleh optometrist berpengalaman
✅ Sesuai untuk semua peringkat umur
✅ Hasil bacaan lebih tepat berbanding kedai optik biasa
